BIOGRAFI KEHIDUPAN MARYAM
Ayah Sayyidah Maryam bernama Imran. Sedang ibunya bernama
Hannah binti Faqudz, Hannah adalah seorang wanita yang sudah lama tidak
mempunyai anak. Pada suatu hari ia bermimpi melihat burung yang memberi makan
anaknya dengan meletakkan makanan tersebut kepada seorang anak perempuan kecil.
Dari sebab itulah dia berkeinginan sekali dan selalu berharap untuk mempunyai
anak.
Dia selalu saja memohon kepada ALLAH untuk dikaruniai
anak. Dan ALLAH pun mengabulkan doanya itu. Pada suatu saat suaminya
menyetubuhinya dan akhirnya dia mengandung.
Setelah benar-benar dia merasa hamil, maka dia bernadzar
iaitu anak yang dikandungnya nanti akan dibiarkan sepenuhnya untuk beribadah
dan mengurusi Baitul Maqdis.
Ketika waktu melahirkan tiba, maka lahirlah sang jabang
bayi yang ternyata yang lahir adalah seorang wanita. Mendapati hal ini, dia
sangat murung dan bersedih hati seraya berkata dalam hatinya,
Ya ALLAH, aku melahirkan anak perempuan. Dan Engkau lebih
mengetahui tentang keadaan seorang perempuan. Akan tetapi, aku yakin bahawa
ALLAH dalam menciptakan makhluk-NYA mempunyai tujuan tersendiri.
Setelah itu Hannah lantas memintakan perlindungan puterinya
dan keturunannya kepada ALLAH dari syaitan yang terkutuk dan menamakannya
dengan Maryam. Dan ALLAH pun mengabulkan doa Hannah ini.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu
bahawasanya dia berkata,
Rasulullah bersabda, ‘Tidaklah setiap anak yang baru
dilahirkan pastilah telah diperas syaitan dengan satu kali perasan atau pun dua
kali perasan kecuali Isa bin Maryam dan Maryam (ibunya).
(HR. Muslim)
Rasulullah lalu membacakan firman ALLAH,
Dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya
kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk.” (Ali Imran: 36)
ALLAH menerima nadzar Hannah sehingga puterinya tumbuh
dan berkembang menjadi anak yang baik. ALLAH juga menjadikannya seorang wanita
yang berparas cantik dan indah sedap dipandang mata. Maryam dijadikan ALLAH
menjadi anak yang mudah menerima orang-orang soleh yang dari mereka ini dia
belajar ilmu-ilmu agama dan tentang seputar kebaikan. Zakariya adalah orang
yang selanjutnya mengasuh si kecil Maryam.
Ibnu Ishaq berkata,
Dia diasuh oleh Zakariya kerana dia adalah seorang anak
yatim, Zakariya adalah suami dari bibi Maryam, dan ada yang mengatakan bahawa
Zakariya adalah suami saudara perempuan ibunya Maryam sebagaimana hal ini
disebutkan dalam satu riwayat yang shahih Yahya dan Isa adalah dua anak dari
dua bersaudara. - HR. Al-Bukhari, dalam Al-Manaqib, 3887.
Maryam adalah seorang yang sangat tekun beribadah. Dan
setiap Zakariya memasuki tempat khusus Maryam untuk beribadah, maka Zakariya
keheranan karena mendapati makanan dan rezeki yang melimpah di sisinya.
Setelah Zakariya mendapati kejadian aneh tersebut, dia
bertanya kepada Maryam,
Dari mana engkau dapati buah-buahan ini?
Maryam menjawab,
Dari ALLAH. Kerana bahawasanya ALLAH memberikan rezeki
kepada orang yang dikehendaki-NYA dengan tanpa hisab (hitungan).”
ALLAH berfirman,
Sesungguhnya ALLAH telah memilih Adam, Nuh, keluarga
Ibrahim dan keluarga Imran melebihi segala umat (di masa mereka masing-masing),
(sebagai) satu keturunan yang sebahagiannya (keturunan) dari yang lain. Dan
ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Ingatlah), ketika isteri Imran
berkata,
“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menadzarkan kepada Engkau
anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang soleh dan berkhidmat (di Baitul
Maqdis). Kerana itu terimalah (nadzar) itu daripadaku. Sesungguhnya Engkaulah
Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Dan (ingatlah) ketika Malaikat (Jibril) berkata,
“Hai Maryam, sesungguhnya ALLAH telah memilih kamu,
mensucikan kamu dan melebihkan kamu atas segala wanita di dunia (yang semasa
dengan kamu). Hai Maryam, taatlah kepada Tuhanmu, sujud dan ruku’lah bersama
orang-orang yang ruku’. Yang demikian itu adalah sebahagian dari berita-berita
ghaib yang Kami wahyukan kepada kamu (ya Muhammad); padahal kamu tidak hadir
berserta mereka, ketika mereka melemparkan anak-anak panah mereka (untuk
mengundi) siapa di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan kamu tidak
hadir di sisi mereka ketika mereka bersengketa.” (Ali Imran: 42-44)
Malaikat memberikan khabar gembira kepada Maryam
bahawasanya ALLAH telah mengistimewakannya dan menjadikannya sebagai orang
pilihan, kerana banyaknya dia beribadah dan berzuhud. ALLAH juga memuliakan dan
menyucikannya dibanding dengan wanita-wanita yang lain di seluruh jagad ini.
sabda Rasulullah Sallallahu Alayhi wa Sallam,
Sebaik-baik wanita di muka bumi ini adalah Maryam binti
Imran dan sebaik-baik wanita di muka bumi ini adalah Khadijah binti Khuwalid.
(HR. Al-Bukhari & Muslim dalam Ash-Shahihain)
Mujahid berkata,
Kerana terlalu lamanya Maryam dalam berdiri beribadah,
sehingga tumitnya membengkak. Dan bahawasanya ibu Maryam itu Hannah binti
Faqudz ketika membawa sang bayi Maryam dalam gendongannya menuju ke masjid dan
menyerahkannya kepada para rahib di Baitul Maqdis sebagai penjaga dan pemeliharaanya.
Kerana mereka berebut untuk mendapatkan hak asuh Maryam,
maka diadakanlah undian, dan ternyata yang keluar undian untuk mengasuh Maryam
adalah Zakariya. - Ath-Thabari, 6/351.
Oleh kerana itu, Maryam tumbuh dewasa di bawah asuhan
Zakariya. Maryam berkembang di lingkungan Baitul Maqdis sehingga dia menjadi
seorang yang zuhud dan taat beribadah kepada Tuhannya..
Suatu saat, malaikat datang kepada Maryam dengan membawa
berita gembira bahawa kelak akan lahir dari rahimnya seorang anak yang sangat
istimewa. Anak tersebut akan lahir dengan Kalimatullah, iaitu sekiranya ALLAH
berkata langsung kepada sang janin,
Jadilah, maka jadi.
Dengan tanpa melalui hubungan senggama terlebih dahulu.
Nama anak yang akan dilahirkannya tersebut adalah Al-Masih Isa bin Maryam.
Sebahagian ulama’ salaf mengatakan, alasan dinamakannya
Isa dengan Al-Masih adalah kerana banyaknya dia melakukan perjalanan. Sedang
sebahagian yang lain mengatakan, bahawa alasannya adalah kerana dia adalah
seorang yang telapak kakinya rata tidak ada lekukannya. Sedang sebahagian
ulama’ salaf yang lain mengatakan, bahawa alasan Isa disebutkan dengan Al-Masih
adalah setiap kali dia menyentuh orang yang sakit, maka dengan seizin ALLAH,
orang tersebut langsung sembuh.
Isa bin Maryam dinisbatkan kepada ibunya kerana dia tidak
mempunyai bapa. Dan seperti ini adalah mudah bagi ALLAH kerana Adam
Alayhissallam ini dilahirkan melalui ibu tanpa melalui bapa. Maha Suci ALLAH
Dzat yang Maha Agung dan Dzat yang mencipta dan Dzat yang Maha Berkuasa yang
jika mengatakan kepada sesuatu,
Jadilah, maka sesuatu itu akan langsung jadi.
Ketika Maryam mendengar khabar gembira yang disampaikan
Malaikat, maka dalam munajat dan ibadahnya, Maryam berkata kepada Tuhannya,
Begitulah ALLAH menciptakan sesuatu yang diinginkan-NYA.
Dan anak yang akan kamu lahirkan ini akan mempunyai keistimewaan. Dan di antara
keistimewaannya adalah dia akan berkata kepada manusia ketika masih dalam
buaian.
ALLAH berfirman,
Dan ceritalah (kisah) Maryam di dalam Al-Qur’an, iaitu
ketika dia menjauhkan diri dari keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur,
maka dia mengadakan tabir (yang melindunginya) dari mereka, lalu Kami mengutus
ruh Kami kepadanya, maka dia menjelma di hadapannya (dalam bentuk) manusia yang
sempurna.
Maryam berkata,
“Sesungguhnya aku berlindung daripadamu kepada Yang Maha
Pemurah, jika kamu seorang yang bertaqwa.”
Dia (Jibril) berkata,
“Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang utusan Tuhanmu.
Untuk memberimu seorang anak lelaki yang suci.”
Maka Maryam mengandungnya, lalu dia menyisihkan diri
dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh. Maka rasa sakit akan melahirkan
anak memaksa dia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, dia berkata,
“Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku
menjadi sesuatu yang tidak berhenti, lagi dilupakan.”
Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah,
“Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah
menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke
arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu.
Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang
manusia, maka katakanlah,
“Sesungguhnya aku telah bernadzar berpuasa untuk Yang
Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari
ini.”
Maka Maryam membawa anak itu kepada kaumnya dengan
menggendongnya. Kaumnya berkata,
“Hai Maryam, sesungguhnya kamu telah melakukan sesuatu
yang amat mungkar. Hai saudara perempuan Harun, ayahmu sekali-kali bukanlah
seorang penjahat dan ibumu sekali-kali bukanlah seorang pezina.”
Maka Maryam menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata,
“Bagaimana kami dan berbicara dengan anak kecil yang
masih dalam ayunan.”
Berkata Isa,
“Sesungguhnya aku ini hamba ALLAH, Dia memberiku Al-Kitab
(Injil) dan Dia menjadikan aku seorang Nabi, dan Dia menjadikan aku seorang
yang berbakti di mana sahaja aku berada dan Dia memerintahkan kepadaku
(mendirikan) sholat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup, dan berbakti
kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka.
Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada
hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali.” (Maryam:
16-33)
Ayat-ayat ini menceritakan kepada kita sebuah kisah
menakjubkan tentang kelahiran Sayyidina Isa Alayhissallam sekiranya ibunya
iaitu Maryam melahirkannya dengan tanpa bapa, padahal Maryam adalah seorang
wanita suci yang tidak mungkin berbuat zina.
Jika kamu bertemu dengan orang dan menanyakan tentang
anak yang kamu lahirkan itu, maka katakanlah,
“Sesungguhnya aku bernadzar untuk diam kerana ALLAH. Dan
aku tidak berbicara dengan seorang pun dari manusia.”
Maryam diperintahkan untuk tidak berbicara dan
menyerahkan jawabannya kepada bayi yang baru saja dilahirkannya itu untuk
menjawab setiap pertanyaan orang yang akan menanyakan siapa bapa dari bayi yang
dilahirkannya itu. Dan ini adalah satu mukjizat lain yang sangat jelas.
Kemasyhuran dan keterkenalan Maryam bahawa dia merupakan
seorang yang ahli beribadah dan seorang wanita suci dan sangat menjaga harga
diri, tidak dapat menolongnya dari tuduhan orang lain tentang lahirnya bayi
yang dilahirkannya dengan tanpa bapa itu. Bahkan kaumnya iaitu Bani Israel
menuduhnya telah melakukan perbuatan mesum dan perbuatan yang sangat biadap.
Akan tetapi itu semua dihadapi Maryam dengan penuh kesabaran dan rasa redha
menerima qadha dan keputusan ALLAH.
Dalam salah satu cerita diriwayatkan bahawa dia bersama
dengan bayinya lari dan mengasingkan diri ke Mesir agar dia dan bayinya selamat
dari upaya jahat dan seksaan Bani Israel. Di Mesir dia tinggal selama dua belas
(12) tahun, bekerja sebagai pemintal sutera dan pengetam gandum bersama-sama
dengan penduduk setempat.
Di sana, dia juga menyerahkan puteranya kepada para
ulama’ Mesir untuk dididik, sampai akhirnya ALLAH memberikan izin kepadanya
untuk kembali ke Orsloem untuk beribadah di sana sesuai dengan syariat Tuhan
yang telah ditulis dalam kitab yang dibawa Musa Alayhissallam.
Maryam tinggal di desa bernama An-Nashirah sampai Nabi
Isa meranjak umur remaja. Dan Maryam lah yang memberikan sokongan dan semangat
kepada Isa Alayhissallam ketika pertama kali mendapatkan wahyu iaitu dengan
cara bermimpi.
Ketika Nabi Isa Alayhissallam sudah genap berusia tiga
puluh tahun, iaitu setelah bermimpi menerima wahyu, dia baru yakin bahawa dia
adalah seorang Nabi dan Rasul ALLAH yang diutus kepada Bani Israel.
Setelah sang ibu mendengar bahawa puteranya telah
mendapatkan wahyu dari ALLAH, maka dia berkata kepada puteranya,
Wahai anakku, bahawasanya aku telah diberitahu tentang
ini semua sebelum kamu lahir.
Dan sejak saat itu, Nabi Isa Alayhissallam berpisah
meninggalkan ibunya untuk berdakwah mengajak Bani Israel beriman kepada ALLAH.
Dan ini semua adalah salah satu dari mukjizat ALLAH.
ALLAH berfirman,
Dan ALLAH akan mengajarkan kepadanya Al-Kitab, Heekmah,
Taurat dan Injil. Dan (sebagai) Rasul kepada Bani Israel (yang berkata kepada
mereka),
Dan (aku datang kepadamu) membenarkan Taurat yang datang
sebelumku, dan untuk menghalalkan bagimu sebahagian yang telah diharamkan
untukmu, dan aku datang kepadamu dengan membawa suatu tanda (mukjizat) dari
Tuhanmu. Kerana itu bertaqwalah kepada ALLAH dan taatlah kepadaku. Sesungguhnya
ALLAH, Tuhanku dan Tuhanmu, kerana itu sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus.
(Ali Imran: 48-51)
Begitulah, ALLAH menguatkan Isa bin Maryam dengan
beberapa mukjizat yang menakjubkan, agar dia mampu untuk menyampaikan risalah
Tuhannya kepada Bani Israel yang terkenal sangat kejam dan pembangkang itu